webhosting   Cheap Reseller Hosting   links    free hosting by fateback   hosting reseller   100WebSpace offers 100MB Web Space 
Free Links
Free Image Hosting, Web Hosting, Architectural Projects in Bulgaria, Famous People & Celebrity Search, Web Page Hosting
 

::DPP Marang

+Muka Hadapan

+Profil

+Lajnah

::Pas Marang

+Profil

::Pas Terengganu

+Profil

::Media Alternatif

+Harakahdaily

+Buletin Pas TRG
+Pas.Kelantan

+Tranungkite
+Terengganukini.net
+Web DUN Ladang

::Link Lain

+Nasyid
+Al-Qur'an

+Bernama

+Malaysiakini

::Ceramah/Kuliah
+Ustaz Zuki

+Ustaz Sukri

+Ustaz Ishak

::Email

 

 

 
 
 
 

 

Kemaskinian Terakhir  10-Aug-2004 12:59 PM

Isu Setempat

Undian SMS TV3: Penonton pilih PAS menangi semula Kuala Berang
.Undian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) TV3 semasa Buletin Utama semalam telah memihak kepada PAS apabila penonton memilih parti itu untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang dalam pilihanraya kecil pada 28 Ogos ini.

 

Jamuan Makan Durian Kali Ke-6Pas Gondang dan Sungai Serai

Sungai Serai,Binjai Rendah Marang Terengganu. 6hb Ogos 2004 .Pas Sungai Serai dan Gondang Telah mengadakan Jamuan makan durian kali ke 6 di hadiri oleh Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang , Dato Haji Mustaffa Ali ,Ajk Pas Marang ,Pemimpin pas sekitar  dan Penduduk setempat.

 

 

YAYASAN ISLAM TERENGGANU  MENUTUP TADIKA ISLAM BUKIT SAWA SERTA MERTA

Bukit Sawa Marang,10 Jun -Tadika Yayasan Islam Bukit Sawa Marang Terengganu terpaksa ditutup serta merta setelah 2 tenaga pengajar menerima surat berdaftar dari Yayasan Islam Terengganu.YIT  telah mengambil segala harta miliknya.Pelajar tadika seramai 22 org murid berumur 5 dan 6 tahun terpaksa mencari tempat belajar yang baru.Masalahnya penutupan pada pertengahan tahun amat menyulitkan ibubapa kerana tadika lain telah penuh.Adil kah kerajaan begini?Tadika di wujudkan pada tahun 2000 menumpang di Dewan Org Ramai Perumahan Kos Rendah Bukit Sawa

 

1.Gambar Pelajar

2.Surat Penamatan Guru

3.Surat Penamatan Guru

Yang di-Pertuan Agong mencemar duli kunjungi Tuan Guru di IJN(harakahdaily)

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail berkenan mencemar duli mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat di Institut Jantung Negara (IJN) petang tadi

Majlis Mufti: Konsert Sure Heboh TV3 haram(utusan)
IPOH 30 Julai - Majlis Mufti-Mufti Malaysia memutuskan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.30 julai 2004

jangan Putus Asa.Kerajaan dan semua kekuasaan adalah milik mutlak Allah dan Allah akan memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki dan mencabut kemenangan itu daripada sesiapa yang dikehendakiNya. Menurut Dato' Husin Awang, sejarah membuktikan bagaimana Parsi, yang menyembah api, pernah mengalahkan Rom yang beragama Kristian, tetapi Allah menjanjikan bahawa Rom akan menang ke atas Parsi semula dan nyata Rom telah mengalahkan semula Parsi selepas tidak sampai 4 tahun.

Terengganu selepas 100 hari di bawah BN
Kulai, 17 Julai, 2004 - Tidak banyak perubahan yang dibuat oleh BN Terengganu selepas mengambil alih pemerintahan Terengganu selain daripada beberapa perubahan yang semakin menekan rakyat. Perkara yang memalukan ini didedahkan sendiri oleh bekas Speaker DUN Terengganu semasa pemerintahan PAS, Dato' Husain Awang.

Tamaddun (Hadharah) Bukan Matlamat Tertinggi Islam
Kulai, 26 Jun, 2004 - Tamaddun kebendaan walaupun penting, ia bukanlah matlamat tertinggi di dalam menegakkan Islam. Perkara ini dijelaskan oleh Us. Salihin Mukhyi, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor di dalam ceramahnya di Bandar Putra, Kulai. Katanya, kalau tamaddun kebendaan itu kemuncaknya, maka tentulah Allah memilih Firaun, kaum Thamud dan Aad yang mempunyai tamaddun yang hebat sehingga tidak boleh difikirkan atau diatasi oleh tamaddun hari ini. Beliau menyatakan hal ini sebagai komen kepada Islam Hadhari yang ingin diketengahkan oleh UMNO.


Us. Abd Ghani Abd Rahman rasmikan Mesyuarat Agong PAS Kulai
Kulai, 20 Jun, 2004 - PAS Kawasan Kulai telah selamat mengadakan Mesyuarat Agong Ke-15 yang dirasmikan oleh AJK PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Melaka, Us Abd Ghani Abd Rahman. Di dalam ucapannya, Us Abd Ghani menyatakan bahawa walaupun PAS di Johor masih kecil, ia tidak mengurangkan kemuliaan perjuangannya di sisi Allah kerana apa yang diperjuangkan oleh PAS ialah untuk meninggikan kalimah Allah dan mengembalikan kegemilangan Islam.


Ibubapa pening kepala setiap musim baru persekolahan
Kulai, 14 Febuari, 2004 - Apabila tiba tahun baru persekolahan, ibubapa semakin runsing apabila mendapati wang yang terpaksa disediakan bagi membayar semua peralatan dan keperluan serta yuran itu dan ini yang berbagai-bagai semakin tinggi setiap tahun. Ada ibubapa yang bersungut kerana terpaksa membeli peralatan dan pakaian daripada pihak sekolah, sedangkan kesemuanya itu telah dibeli atau tidak perlu dibeli kerana yang digunakan oleh kakak atau abang murid-murid tersebut pada tahun sebelumnya masih boleh digunakan lagi.

Saidina Omar jadi motivasi petugas PAS
Taman Anjaria, 10 Febuari, 2004 - Usrah Lujnah Tarbiyyah dan urusan Ulamak di Taman Anjaria yang diadakan di PASTI telah memberi banyak motivasi kepada petugas-petugas PAS. Sejarah Saidina Omar memeluk Islam telah dijadikan tajuk utama perbincangan pada malam tersebut. Pembentangan yang telah dilakukan oleh Setiausaha PAS Kawasan Kulai dan disambung perbincangannya oleh Ketua Lujnah Tarbiyyah Kawasan telah diterima secara positif oleh semua yang hadir.

Syeikh Al-Azhar - UMNO Salah Pilih

Kulai, 14 Febuari, 2004 - Membaca keratan akhbar Berita Harian 13 Feb, 2004 di muka 22 bertajuk "Tantawi restu singapura haram tudung", akhbar arus BN itu memberi komen yang berbunyi, "Syeikh Al-Azhar, Sheikh Mohamed Sayyed Tantawi terus mengeluarkan kenyataan kontrovesi yang menyebabkan kritikan dilemparkan terhadapnya dengan berkata semalam bahawa Singapura berhak menguatkuasakan larangan hijab di sekolah republik itu".

Pak Lah berada pada posisi selamat

Kulai, 13 Febuari, 2004 - Akhir-akhir ini seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan isu-isu besar yang sensasi dan menggemparkan seluruh negara. Kes pendakwaan rasuah ke atas Eric Chia dan Kasitah Gadam merupakan isu terkini yang rakyat marhain tidak sabar-sabar untuk melihat kesudahannya. Ramai tertanya-tanya mengapa setelah sekian lama isu ini diketengahkan kepada masyarakat, hanya baru kini ia diambil tindakan. Ini bermakna, isu dan kes besar ini telah diperap lama oleh kepimpinan di bawah Dr. Mahathir untuk menjaga kepentingan individu-individu tertentu yang amat jelas berjalan di atas dasar kronisma.

Kakitangan Kerajaan perlu ambil iktibar

Kulai, 14 Febuari, 2004 - Apabila melihat perkembangan mengenai rasuah yang memang sebati di dalam kerajaan BN, saya terfikir akan nasib pegawai-pegawai kerajaan yang selama ini dijadikan mangsa kerakusan pemimpin kerajaan ini. Sebahagian pegawai ini terpaksa bersyubahat dengan pemimpin BN hanya kerana teringin nak hidup senang. Yang simpatinya ialah kepada pegawai kerajaan yang dipaksa atau terpaksa kerana menjaga jawatan dan periuk nasi mereka.

Kenaikan harga sawit - Peneroka sudah berpengalaman
Kulai, 13 Febuari, 2004 - Ura-ura kononnya harga sawit akan naik hingga RM 400.00/tan dianggap suatu berita yang tidak membawa apa-apa perubahan kepada peneroka Felda. Menurut beberapa orang peneroka di Felda Taib Andak, harga yang digembar-gemburkan itu bukanlah suatu perubahan penting di dalam pendapatan peneroka Felda kerana jumlah kutipan buah sawit didapati semakin berkurangan. Ini bererti, harga sawit yang meningkat tidak bermakna kiranya buah-buah yang dikutip tidak banyak.

Rogol - Kerajaan masih buta dan pekak
Kulai, 09 Febuari, 2004 - Isu rogol begitu hangat dipertikaikan pada masa sekarang walaupun jenayah ini sudah berakar umbi di dalam negara kita. Sebelum ini jenayah ini seolah-olah perkara remeh sehinggalah isu baru yang melibatkan kanak-kanak bawah umur pemimpin UMNO. Seluruh negara seolah-olah tersedar dari tidur yang panjang dan mula berbicara tentang seriousnya jenayah rogol dalam negara kita.

© 2004 Hakcipta Terpilihara DPP-Marang Terengganu

Bangunan PAS Kawasan Marang.Kg.Rusila 21080 Marang Terengganu

Tel: 09-6177264

email:dpp-marang@bakongnet.com

Webmaster

 

Diari DPP Marang

14 Ogos (Sabtu) 8 Pagi-6 Petang ijtima kepimpinan di Kuala Berang